fbpx

ACL 2: Jeonbuk Hyundai Motors lunas dendam terhadap Selangor FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG import Selangor, Ali Olwan (tengah) terlepas satu peluang terbaik pada separuh masa pertama. - AFC

 

KUALA LUMPUR – Kemenangan 1-0 ke atas Selangor FC di Stadium Piala Dunia Jeonju, sebentar tadi menyaksikan Jeonbuk Hyundai Motors kini merampas status pendahulu Kumpulan H Liga Juara-Juara 2 (ACL 2).

Tidak hanya menghadiahkan kekalahan pertama Red Giants, kejayaan kali ini juga menyaksikan wakil Korea Selatan itu berjaya melunaskan dendam ekoran kekecewaan 1-2 pada perlawanan pertama di Petaling Jaya, bulan lalu.

Terdahulu Jeonbuk Hyundai Motors memulakan perlawanan dengan positif dan minit ke-22 menyaksikan usaha berterusan yang diatur membuahkan apabila memperoleh gol pembukaan menerusi Tiago Orobo.

Ketinggalan satu gol tidak menjejaskan struktur permainan Red Giants yang dilihat masih lagi tenang setiap kali melakukan tugasan bertahan dan menyerang.

Peluang terbaik Selangor FC hadir pada minit ke-36 namun lencongan yang dilakukan Ali Olwan berjaya ditepis oleh penjaga gol tuan rumah, Kim Jeong-hoon.

Aksi bersambung menyaksikan ada perubahan dijelmakan oleh Selangor FC dan Ronnie Fernandez hampir menyamakan kedudukan namun tampanannya pada minit ke-62 sekadar singgah di palang gol.

Seterusnya, anak buah Abdi Hassan terus memberikan tekanan kepada Jeonbuk Hyundai Motors namun usaha yang diatur masih gagal membuahkan hasil.

Hujung bulan ini Selangor FC dijadualkan melayan kunjungan kelab Thailand, Muangthong United di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI