PUTRAJAYA – Proses rekod keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pengasas platform e-dagang FashionValet, Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar bersambung pagi ini.
Proses terbabit sepatutnya dijadual bermula pada jam 10 pagi ini, bagaimanapun, setakat pukul 10.45 pagi tadi pasangan suami isteri itu masih belum tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini.
Menurut sumber, proses rakaman percakapan itu adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.- KOSMO! ONLINE