fbpx

Cuba jadi ayah terbaik, netizen tanya ‘dah bebas ke?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYED memuat naik beberapa foto bersama anak perempuannya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

PETALING JAYA – “Sedang cuba jadi Baba terbaik.”

Demikian perkongsian terbaru pendakwah selebriti, Da’i Syed dalam Instagram yang mencetuskan pertanyaan netizen mengenai keberadaannya selepas mengemukakan rayuan atas pertuduhan merogol seorang wanita, lima tahun lalu.

Dai Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 29, memuat naik beberapa foto bersama anak perempuannya, Sharifah Fatma Nour Jamalullail beberapa jam selepas pulang dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

Keterangan gambar tersebut secara jelas menyatakan dia sedang cuba menjadi bapa terbaik buat puterinya yang baru berusia tiga bulan.

Bahkan, isterinya juga pengacara pengacara, Hana Ismail meninggalkan kata-kata manis buatnya sebagai tanda penghargaan.

“Tak ada yang boleh ganti tempat baba Fatma,” tulisnya.

Nyata perkongsian itu mengundang salah faham segelintir yang mempersoalkan bagaimana lelaki itu boleh bebas sedangkan sepatutnya menjalani hukuman penjara.

“Dah dibebaskan ke?.” ujar seorang pemilik akaun Instagram.

Berdasarkan kenyataan peguamnya Amin Othman, kedatangan mereka ke mahkamah adalah berkaitan pengurusan kes iaitu menfailkan petisyen rayuan dan kes akan disambung semula pada 10 Disember depan.

Pada 30 Ogos lalu, Da’i Syed dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas satu pertuduhan merogol seorang wanita, pada lima tahun lalu.

Bagaimanapun selepas 21 hari, Syed dilepaskan sementara daripada menjalani hukuman tersebut pada 20 September lalu oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Penangguhan hukuman itu adalah sehingga rayuan pendakwah itu didengar dan diputuskan.

Terdahulu, pada 10 Disember 2020, Syed Iqmal mengaku tidak bersalah merogol seorang wanita berusia 23 tahun ketika itu di bilik sebuah kondominium I-City, Seksyen 7, pada jam 1.35 pagi, 11 September 2019. — KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI