fbpx

PRN Sabah: ‘Belum bubar, buat kerja dulu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan.

PETALING JAYA – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih belum mengadakan sebarang perbincangan dengan parti lain bagi membentuk kerjasama untuk pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Timbalan Setiausaha Agung GRS, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, fokus parti tersebut ketika ini adalah untuk melaksanakan mandat rakyat dan membincangkan hala tuju parti sebelum PRN bermula.

Beliau memaklumkan, perbincangan pada peringkat parti juga belum dilaksanakan bagi memutuskan kerjasama dengan pihak lain.

“Ini proses demokrasi. Jadi, kita menerima seadanya apa-apa bentuk pengumuman daripada mana-mana parti politik (untuk bekerjasama).

“Yang penting di peringkat GRS sekarang adalah untuk kita melaksanakan mandat rakyat sebelum pilihan raya. Belum bubar, buat kerja dulu,” katanya pada sidang akhbar Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor belum ‘menutup pintu’ kepada pihak lain asalkan kerjasama tersebut dapat memberi kebaikan buat Sabah serta rakyatnya.

Dalam pada itu, Armizan yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDPN) berkata, tidak ada sebarang item dalam perjanjian Kerajaan Perpaduan yang menyatakan bahawa satu-satu kerjasama dan gabungan itu wajib diikuti di peringkat negeri-negeri.

“Itu sebabnya, kita lihat Sarawak lain, Johor pun lain. Itu perjanjian yang ditandatangani. Dalam konteks kerajaan Sabah, kerajaan perpaduan yang ada sekarang adalah antara GRS dan Pakatan Harapan (PH)

“Kita mahu bekerjasama dengan orang yang mahu bekerjasama dengan kita, bukan orang yang kita benci. Kalau begitu, kerjasamanya tidak manis. Orang kata, perlu ada hormat antara satu sama lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI