fbpx

Premis ‘sorok’ LPG, minyak masak diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa KPDN memeriksa barang kawalan yang ditemui di sebuah premis di Kuala Sepetang, Taiping semalam. - Foto IHSAN KPDN

TAIPING – Barang kawalan bernilai lebih RM10,935.70 ditemui disimpan seorang peniaga di premis miliknya di Kuala Sepetang di sini oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak semalam.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, premis tersebut diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Perak Cawangan Taiping kira-kira pukul 10 pagi.

Menurut beliau, serbuan yang merupakan sebahagian daripada Ops Tiris 3.0 itu telah menghasilkan satu kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 ke atas sebuah premis tersebut.

“Kes dihasilkan setelah pemeriksaan menemui sejumlah barang kawalan iaitu gas petroleum cecair (LPG), minyak masak, gula dan tepung gandum disyaki di simpan dalam sebuah premis tanpa nama untuk tujuan perniagaan.

“Seorang lelaki Cina warga tempatan berumur 79 tahun yang mengaku sebagai pemilik premis berkenaan didapati gagal untuk mengemukakan surat kebenaran, lesen atau permit menyimpan barang kawalan di premis tersebut apabila diminta oleh pasukan pemeriksaan,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Kamalludin berkata, satu tindakan sitaan telah dilakukan ke atas 104 unit tong silinder LPG, 19 unit minyak masak botol, 40 kilogram (kg) minyak masak paket, 132 kg gula pasir kasar dan 396 unit tepung gandum dengan nilai sitaan keseluruhan dianggarkan sebanyak RM10,935.70.

Beliau berkata, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI