JAKARTA – Sebuah lubang misteri muncul secara tiba-tiba di sebatang sungai dan menyedut air sungai itu dalam kejadian di Blitar, Jawa Timur, lapor portal berita detikjateng hari ini.
Lubang itu dilihat buat kali pertama oleh penduduk di Sungai Kaliasat pada Jumaat lalu.
Penduduk melihat air sungai itu ‘disedut’ masuk ke dalam lubang tersebut.
“Pada awalnya, hujan berlaku Jumaat lalu. Seorang penduduk yang mahu pergi ke ladang terlihat lubang itu. Air di sungai mengarah ke sana (lubang).
“Sebelumnya, ukuran lubang tidak besar seperti sekarang,” kata seorang penduduk dikenali sebagai Didik.
Sungai Kaliasat itu turut mengering dan dipercayai kehadiran lubang misteri itu menjadi puncannya.
Ketua Pelaksana Badan Tindak Balas Bencana Daerah Blitar, Ivong Bettriyanto mengesahkan penemuan lubang itu dan pihaknya sedang melakukan siasatan. – AGENSI