fbpx

Oki Setiana Dewi menangis diminta tanggal tudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OKI SETIANA DEWI

HANYA kekuatan prinsip dan iman mampu menyelamatkan imej seseorang. Situasi sama dilalui pelakon Oki Setiana Dewi pernah berdepan momen yang menguji keimanannya apabila ditawarkan bayaran lumayan dengan syarat perlu membuka tudung mengikut tuntutan watak dalam sebuah filem.

Sungguh pun sudah bertahun-tahun berlalu, pengalaman berdepan permintaan yang tidak dijangka tersebut masih basah dalam ingatan.

Menurutnya, kebetulan ketika itu ibunya sakit, sekali gus mereka sekeluarga memerlukan wang yang banyak untuk rawatan.

Wakil pengurusan syarikat tersebut mendesaknya memenuhi permintaan mereka sehingga dia menangis diperlakukan sedemikian.

Begitupun, Oki mempertahankan hijabnya kerana yakin Allah akan membantu dan melancarkan segala urusan termasuk rawatan ibunya.

Pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih itu mengakui sentiasa berdoa agar terus istiqamah menjadi muslimah yang baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI