fbpx

Malaysia fokus jalin kerjasama dalam pelaburan teknologi, inovasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengadakan lawatan kerja ke China dari 4 hingga 7 November.

PETALING JAYA – Fokus Malaysia ketika ini tertumpu pada usaha menjalin kerjasama dalam pelaburan teknologi dan inovasi ke Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian susulan pertemuan yang diadakan bersama firma modal teroka terkemuka, Chengwei Capital dan NRL Capital ketika lawatan kerjanya di Shanghai, China.

Katanya, pertemuan sekitar satu jam dengan kedua-dua syarikat ini tertumpu seputar kedudukan strategik Malaysia serta daya tariknya sebagai destinasi pelaburan, disokong tenaga kerja berbakat dan dasar-dasar Kerajaan yang mesra pelabur.

“Memulakan hari kedua di Shanghai dengan mengadakan pertemuan dan perbincangan bersama beberapa pelabur berpotensi di China.

“Sesi pagi ini bermula dengan bertemu Chengwei Capital, firma modal teroka terkemuka yang berkepakaran serta memiliki sumber dalam bidang semikonduktor. Ia disusuli dengan syarikat NRL Capital, di mana pengasasnya memainkan peranan penting dalam kejayaan pembangunan kluster industri berteknologi tinggi di China,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua pelabur ini akan meneroka kerjasama dengan Khazanah dalam usaha melahirkan syarikat generasi baharu di Malaysia bagi memperkukuh kedudukan negara dalam rantaian bekalan global, terutamanya dalam sektor teknologi tinggi.

“Usaha ini akan memacu matlamat Ekonomi Madani dengan memupuk inovasi serta menjadikan teknologi lebih mudah diakses dan inklusif untuk semua,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI