PETALING JAYA – Lima nama pesaing utama disebut-sebut bakal dilantik mengetuai Jabatan Peguam Negara (AGC).
Menurut sumber, antara nama yang dijangka bakal mengisi jawatan Peguam Negara itu ialah, Peguamcara Negara (I), Datuk Suzana Atan.
Selain itu, Peguamcara Negara (II), Datuk Umar Saifuddin Jaafar dan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, AGC, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar.
Turut disebut bakal memegang jawatan itu, Ketua Bahagian Pendakwaan, AGC, Datuk Masri Mohd Daud dan Ketua Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin.
Terdahulu, jawatan Peguam Negara disandang oleh Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh.
Ahmad Terrirudin, 56, dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa 6 September 2023 menggantikan Tan Sri Idrus Harun yang tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 5 September 2023.
Sebelum menjawat jawatan itu, Ahmad Terrirudin adalah Peguam Cara Negara.- KOSMO! ONLINE