fbpx

Lebuh Raya SPDH jadi port ‘orang luar’ berlumba di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PORT DICKSON – Aksi menunggang motosikal secara berbahaya yang biasa dilihat di Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH) dikesan sering dilakukan ‘orang luar’ yang datang bercuti di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin berkata, boleh dikatakan setiap minggu akan ada samseng jalanan yang ditahan terdiri daripada remaja berusia 17 hingga 21 tahun yang datang daripada pelbagai tempat termasuk dari Pantai Timur.

Maslan

Beliau berkata, faktor keadaan bentuk muka bumi SPDH yang lurus dan tiada halangan menjadikan tarikan kepada golongan samseng jalanan ini beraksi terutama di sepajang kilometer 17 hingga kilometer 25 lebuh raya tersebut.

“Lokasi ini jadi tumpuan disebabkan keadaan jalannya yang lurus berbanding kilometer ain yang agak berselekoh, jadi bagi mengurangkan aktiviti lumba haram pihak polis menjalankan ops bersepadu dan penugasan anggota di kawasan ini.

“Setiap minggu akan ada tangkapan kes samseng jalanan antara seorang hingga empat orang yang ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Media di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI