fbpx

Kumpulan pertama Malbatt 850-12 ke Lebanon ganti Malbatt 850-11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (tengah) selepas menyempurnakan Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama Malbatt 850-12 di 16 Skuadron, Pangkalan Udara Subang, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

SHAH ALAM – Seramai 220 anggota menjadi kumpulan pertama Malaysian Battalion 850-12 (Malbatt 850-12) ke Lebanon membawa misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNIFIL), petang ini.

Kumpulan ini terdiri daripada 43 pegawai, seorang pegawai awam dan 174 anggota lain-lain pangkat (LLP), serta dua pegawai dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pertukaran pasukan ini adalah kerana tempoh bertugas bagi Kontinjen Malbatt 850-11 telah tamat dan memerlukan penggantian Kontinjen Malbatt 850-12.

“Pertukaran ini dilakukan selepas mendapat arahan pertukaran oleh Force Commander Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) sebelum meneliti faktor dan situasi yang melibatkan semua negara terbabit.

“Penglibatan kita sangat penting kerana ia mencerminkan kedudukan Malaysia yang komited terhadap keamanan sejagat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama Malbatt 850-12 di 16 Skuadron, Pangkalan Udara Subang, hari ini.

Dalam masa sama, beliau berkata, penghantaran Malbatt 850-12 penting untuk membina reputasi sebagai negara yang berdisplin dan konsisten dalam penyelesaian konflik secara aman.

“Sebab tu kita teruskan. Sebelum pergi, mereka dah lakukan persediaan dalam memastikan seluruh pasukan bersedia dari segi keselamatan serta bersedia dalam apa juga misi termasuk cabaran psikologi.

“Mereka telah menjalani latihan khusus selama tiga bulan yang merangkumi sebulan Latihan Satu Perkhidmatan dan dua bulan latihan integrasi atau Force Integration Training (FIT) di bawah kawal selia Markas Angkatan Bersama bertempat di Malbatt Village, Port
Dickson, Negeri Sembilan,” ujarnya.

Malbatt 850-12 berkekuatan seramai 854 anggota terdiri daripada 82 pegawai dan 772 anggota LLP termasuk tiga pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) serta seorang Pegawai Kewangan Awam dari Kementerian Pertahanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI