fbpx

Giliran timbalan pengerusi masjid pula ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (kiri) direman bagi membantu siasatan salah guna kuasa bagi agihan zakat di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Timbalan pengerusi sebuah masjid di daerah ini menjadi individu kedua ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan mengemukakan nama individu bukan asnaf miskin bagi agihan zakat sebuah badan kebajikan swasta pada tujuh bulan lalu.

Sumber SPRM berkata, siasatan awal mendapati suspek kedua berusia 51 tahun juga didakwa memasukkan nama isterinya sebagai salah seorang penerima bantuan zakat terbabit.

“Lelaki itu telah direman selama enam hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan kes itu.

“Perintah reman berkenaan dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin di Mahkamah Majistret di sini hari ini,” katanya di sini hari ini.

Sumber SPRM berkata, suspek disiasat mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Kosmo! hari ini melaporkan pengerusi masjid sama berusia 50-an ditahan reman SPRM selama enam hari bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa berhubung agihan bantuan zakat yang telah disampaikan pada bulan April lalu.

Suspek yang juga kakitangan syarikat minyak dan gas di Kerteh di sini dipercayai menyenaraikan isterinya sebagai penerima bantuan zakat terbabit.

Setiap 50 penerima telah menerima bantuan zakat wakalah berjumlah RM1,000 seorang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI