fbpx

Gambar kecederaan Muhammad Zaharif ditunjukkan di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nazri dibawa ke Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini bagi menghadiri perbicaraan hari ketiga kes bunuh yang dihadapinya. - Foto MUHAMAD NAZREEN SHAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Empat keping gambar mayat Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang memaparkan kecederaan yang dialami remaja terbabit selepas dilanggar dikemukakan di Mahkamah Tinggi, di sini hari ini.

Antara kecederaan luaran yang dilihat pada gambar tersebut ialah pada muka dan tangan kanan selain mayat mangsa di bilik mayat sebelum bedah siasat bermula di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Gambar itu ditunjukkan ketika saksi pendakwaan kelima, Koperal Shahiran Mohamad daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh memberi keterangan dalam prosiding kes bunuh Muhammad Zaharif, membabitkan Deputi Superintenden Mohd. Nazri Abdul Razak.

Ujarnya, gambar-gambar tersebut diambil ketika mayat mangsa berada di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Shahiran memberitahu, selepas gambar selesai diambil, bahan berkenaan telah dimuat turun dari kamera ke dalam sistem komputer Intergrated Police Reporting System (i-PRS) melalui kad memori.

Terdahulu, mahkamah turut ditunjukkan lima rakaman berkait kejadian pelanggaran tersebut ketika saksi pendakwaan ketiga, Pegawai Siasatan Forensik Makmal, Asisten Superintenden Nur Fairuz Idris memberi keterangan.

Menerusi penyataan bertulis, Nur Fairuz memaklumkan bahawa analisis dijalankan terhadap lima rakaman daripada satu unit cakera padat (CD-R) dan seunit kad memori, dua cakera video digital (DVD-R) dan seunit kamera papan pemuka kenderaan bersama kad memori.

Bagaimanapun, ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz sama ada beliau ada membuat analisis ketulenan tiga rakaman kamera litar tertutup (CCTV), Nur Fairuz menjawab, tiada.

Menurutnya, pengesahan ketulenan video berkenaan tidak dapat dibuat ekoran pegawai penyiasat tidak memberi kepadanya peranti asal iaitu dekoder CCTV tersebut.

Perbicaraan bersambung esok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI