fbpx

Dedah aib suami, isteri di media sosial jadi fenomena – Ustaz Azhar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – “Sekarang macam fenomena, dulu luar biasa sekarang dah jadi biasa. Ini agaknya dikatakan menormalisasikan perkara yang tidak normal.”

Itu kenyataan penceramah Ustaz Azhar Idrus tentang isu mendedahkan aib pasangan masing-masing yang dilihat semakin menjadi-jadi di media sosial kini.

Tegasnya, hukum mendedahkan aib sendiri adalah haram, apatah lagi aib orang lain.

“Lebih-lebih lagi aib orang yang menjadi keluarga kita sendiri. Hukumnya lebih besar. Orang yang kita tak kenal, tak ada budi kepada kita, tak ada satu jasa pun haram kita dedahkan aib dia melainkan kerana uzur syarie.

“Bila boleh dadah aib suami? Ketika mengadu kepada kadi masalah rumah tangga. Contohnya suami tak beri nafkah, hukumnya harus. Sekarang tak, suami sakit hati dekat bini, cerita buruk bini dalam media sosial. Hukumnya haram, dosa besar. Lagi isteri tidak halal, maka dia tak diampunkan.

“Begitu juga marah dekat laki, cerita buruk laki dekat media sosial, kawan-kawan dan dunia. Dua-dua ni jahat dan menempah api neraka Allah di akhirat nanti,” katanya menerusi keratan video ceramahnya, di Facebook.

Tambah beliau, hukum bagi orang yang mendengar seseorang yang bercerita tentang aib pasangan juga sama seperti mendengar individu mengumpat.

“Nabi kata orang yang mendengar perkara buruk, sama dengan mendengar orang mengumpat.

“Maka, kalau kita memang sengaja nak mendengar keburukan rumah tangga orang lain, kita pun pergi tengok dalam halaman media sosial dia untuk kita ketahui apa lagi buruk pasangan dia. Jadi, kita sama seperti orang jahat yang mendedahkan aib tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI