fbpx

Buruh kontrak maut digilis treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat Ahmad Farid Riduan yang maut digilis treler di KM 140, Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhampiran Teluk Kalong, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang buruh kontrak maut akibat digilis sebuah treler selepas motosikal Yamaha Y15ZR ditungganginya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 140, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Teluk Kalong di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 11 pagi itu, mangsa, Ahmad Farid Riduan Hassan, 19, yang berasal dari Kampung Meraga Beris, Kijal di sini meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, Ahmad Farid Riduan dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah dari bandar Chukai di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha Y15ZR dinaiki mangsa gagal mengelak sebuah lori yang dikatakan tiba-tiba membelok ke simpang kiri. Impak rempuhan itu menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

“Mangsa yang terjatuh di atas jalan kemudiannya digilis sebuah treler yang gagal mengelak. mayat lelaki itu telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk tindakan lanjut,,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI