PUCHONG – Penghuni Sekolah Bina Insan, di sini gempar apabila sebuah bilik asrama terbakar, awal pagi tadi.
Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu sekitar pukul 5.23 pagi.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian bersama empat jentera.
“Setibanya di lokasi, didapati terdapat kebakaran melibatkan bangunan asrama ‘Kelas A’.
“Kebakaran itu berlaku di tingkat dua dan menyebabkan kerosakan sebanyak 50 peratus pada struktur bangunan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun katanya, tiada kemalangan jiwa termasuk kecederaan pada pelajar yang mendiami asrama itu.-KOSMO! ONLINE.