fbpx

‘Tarik tangan anak duduk atas riba’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang bapa yang menarik tangan anak perempuannya untuk duduk di atas paha membawa padah apabila dia dihukum penjara tiga tahun enam bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 41 tahun selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang didakwa ke atasnya.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap 26 Oktober lalu.

Tertuduh turut diperintah menjalani kaunseling selama tempoh pemenjaraan dan berada bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai seorang yang mempunyai hubungan amanah iaitu bapa kandung telah melakukan amang seksual terhadap mangsa yang berusia 15 tahun yang semasa kejadian menarik tangan mangsa untuk duduk diatas pahanya bagi tujuan seksual.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Sentul pukul 10.45 malam pada 1 Oktober lalu mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Siti Pervinah Mohamad Yusof memohon hukuman setimpal dengan mengambil kira kesan trauma yang dialami mangsa.

“Jenayah seksual adalah kesalahan serius yang dilakukan tertuduh kerana ia adalah pencabulan hak mangsa,” katanya.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI