fbpx

Acok Kepala dicari, terbabit kes pergaduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acok Kepala

LAHAD DATU – Polis Lahad Datu memburu seorang lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan di Jalan Bypass pada Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, suspek dikenali sebagai Acok Kepala berusia 30-an dan tidak mempunyai dokumen diri beralamat di Kampung Pisang.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta tampil membantu siasatan. Setakat ini, pihak polis masih giat mengesan suspek.

“Orang ramai boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat kes Sarjan Fitzeraldfield Anak Sudy di talian 089-881255 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan media.

Terdahulu, tular satu video di media sosial berdurasi 10 saat memaparkan pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di Jalan Bypass pada 3 November lalu akibat tidak puas hati dengan kemalangan yang berlaku.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI