fbpx

Suami tikam isteri menyanyi ‘live’ di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan mangsa sedang karaoke bersama keluarganya sebelum ditikam berkali-kali. - TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia ditahan selepas menikam isterinya hingga mati kerana wanita berkenaan kerap berhubung dengan bekas suami, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan) di Serdang Bedagai, wilayah Sumatera Utara, Sabtu lalu. 

Suspek yang bernama Agus Herbin, 47, bertindak demikian ketika mangsa mengadakan siaran langsung di laman Facebook dan berkaraoke bersama ahli keluarganya. 

Rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @rezaarjuna_official menunjukkan si isteri sedang menyanyi bersama seorang ahli keluarganya. 

Suspek tiba-tiba muncul dan menikam mangsa dengan sebilah pisau. 

Ketua Polis Sergai, AKP Donny P Simatupang berkata, mangsa ditikam sebanyak lima kali. 

“Satu tikaman mengenai perut, satu menusuk payudara manakala dua lagi di tangan sebelah kiri.  

“Mangsa dibawa ke Hospital  Chevani tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. 

Tambah Donny, Agus bertindak melarikan diri tetapi berjaya ditahan polis. 

“Dia nekad menikam si isteri kerana cemburu terhadap bekas suaminya,” tambah Donny. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI