fbpx

Rakaman keterangan Vivy, suami bersambung esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman keterangan Vivy, suami bersambung esok.

PUTRAJAYA – Proses merekod keterangan pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersambung esok.

Sumber berkata, proses rakaman percakapan itu adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan akan disambung ambil keterangan pada pukul 10 pagi.

Sebelum ini, pasangan terbabit hadir di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 2.30 petang tadi dan kehadiran mereka disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Ia susulan laporan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.

Pasangan suami isteri itu antara enam individu yang dirakam percakapan susulan pegawai penyiasat menyerbu empat lokasi termasuk sebuah kementerian, semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI