fbpx

Pilihan raya Presiden Amerika Syarikat bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengundi berbaris di luar sebuah pusat mengundi ketika sesi pengundian bermula di Bethlehem, Pennsylvania hari ini. - AFP

WASHINGTON – Pusat-pusat mengundi mula dibuka di seluruh Amerika Syarikat (AS) ketika orang ramai berpusu-pusu keluar membuang undi dalam pilihan raya Presiden 2024, lapor saluran berita CNN.

Pusat-pusat mengundi di sebilangan negeri dibuka sewal 6 pagi (waktu tempatan), manakala lebih banyak negeri menyusul dengan kebanyakannya bermula pukul 8 pagi (waktu tempatan).

Di negeri Carolina Utara, barisan panjang orang ramai yang beratur untuk membuang undi dilihat di luar presint yang ditempatkan di Loyal Order of the Moose Lodge, Wilmington. Ia  dibuka pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan).

Sejurus ia dibuka, 30 hingga 40 orang sudah berada dalam barisan, dan bilangan pengundi semakin bertambah sejak itu.

Naib Presiden AS, Kamala Harris dan bekas Presiden, Donald Trump, masing-masing memerlukan sekurang-kurangnya 270 undi elektoral untuk menang.

Negeri-negeri ‘medan pertempuran utama’ seperti Arizona, Georgia, Michigan, Nevada, Carolina Utara, Pennsylvania dan Wisconsin dijangka menjadi penentu kepada laluan mereka untuk menuju kemenangan.

Harris yang mewakili Parti Demokrat menamatkan kempen 107 harinya di Pennsylvania, manakala Trump yang mewakili Republikan berucap di Michigan. 

Keputusan pilihan raya AS kadangkala diumumkan dalam tempoh cuma beberapa jam selepas proses pengundian ditutup tetapi persaingan amat sengit tahun ini mungkin bermaksud semua orang perlu menunggu lebih lama.

Dalam beberapa pilihan raya Presiden sebelum ini, pemenang diumumkan lewat hari yang sama atau awal pagi berikutnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI