fbpx

Pendakwaan buat rayuan hukuman terhadap Da’ie Syed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Shah Iqmal (kanan) ketika hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. Foto oleh M.Firdaus M.Johari/Kosmo!

SHAH ALAM – Pihak pendakwaan dalam kes pendakwah Da’ie Syed telah memfailkan rayuan terhadap hukuman 10 tahun penjara dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti itu atas pertuduhan merogol seorang wanita lima tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan peguam Muhammad Amin Othman yang mewakili Da’ei Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed, 29,

“Kita (pembelaan) merayu untuk sabitan dan hukuman, pihak pendakwaan merayu bagi hukuman,” kata peguam itu selepas prosiding pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Nadia Othman di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan hukuman itu dalam tempoh 14 hari selepas tarikh jatuh hukum terhadap Syed Shah Iqmal. Semasa prosiding, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Maizatul Munirah Abdul Rahman.

Terdahulu, peguam itu turut memberitahu pihaknya akan memfailkan petisyen rayuan sabitan dan hukuman selewat-lewatnya esok apabila telah menerima nota keterangan dan alasan penuh penghakiman Mahkamah Sesyen.

Tambah peguam itu, mahkamah kemudian menetapkan 10 Disember ini bagi pengurusan kes seterusnya.

Sebelum ini, pasukan pembelaan mengesahkan telah memfailkan notis rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan terhadap Syed Shah Iqmal.

Menerusi notis rayuan yang difailkan pada 30 Ogos lalu, permohonan itu dibuat kerana tidak berpuas hati terhadap keputusan yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen.

Sebelum ini, Pada 30 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Sesyen di sini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap Syed Shah Iqmal selepas didapati bersalah pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di sebuah kondominium di Seksyen 7 di sini, lima tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Kemudian pada pada 20 September lalu selepas 21 hari berada dalam penjara menjalani hukuman Syed Shah Iqmal dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi di sini sementara rayuan akhir terhadap hukuman yang dikenakan terhadapnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI