fbpx

Pekebun sayur berdepan hukuman mati didakwa edar kanabis 5kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekebun sayur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau, Negeri Sembilan hari ini, atas pertuduhan mengedar kanabis seberat lima kg pada bulan lalu. FOTO NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

JEMPOL – Seorang pekebun sayur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar kanabis seberat lima kilogram (kg), di sini, pada bulan lalu.

Tertuduh, Lwy Yong Pang Wei, 33, mengaku faham sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dihadapan Majistret Norhazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati mengedar kanabis dengan anggaran berat 5000 gram (5kg) kira-kira pukul 8.10 malam di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Bahau, di sini, 25 Oktober lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Huzaifah Abdul Talib kemudiannya memohon tarikh sebutan semula kes bagi laporan kimia dan tiada jaminan ditawarkan.

Majistret kemudiannya menetapkan 11 Disember ini sebagai sebutan semula kes bagi keputusan kimia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI