fbpx

Pekebun bebas tuduhan bunuh ibu saudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
G. GOBINATHAN bersama peguam belanya selepas Mahkamah Tinggi Seremban hari melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan membunuh ibu saudaranya, empat tahun lalu. Foto MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

SEREMBAN – “Saya ibaratkan ini sebagai hadiah sempena Deepavali buat ibu saya di kampung. Saya tidak sabar untuk balik rumah di Jempol, bertemu dengannya dan memberitahu saya telah bebas.

“Dalam fikiran saya ini hanya fikirkan ibu sahaja, tiada apa yang dapat saya ungkapkan selain bersyukur,” luah pekebun G. Gobinathan, 48, selepas Mahkamah Tinggi Seremban hari ini membuat keputusan melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan membunuh ibu saudaranya, empat tahun lalu.

Hakim, Datuk Rohani Ismail membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh A. Nirmala berusia 51 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di Ayer Hitam, Jempol antara tarikh 3 hingga 4 Mac 2021.

Seramai 13 saksi dipanggil memberi keterangan di mahkamah sepanjang perbicaraan bermula pada November tahun lepas.

Gobinathan diwakili peguam Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Khairunnisa Hazwani Omar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI