fbpx

Ops Khas Motosikal: 11,435 saman, 135 motosikal disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aedy Fadly menunjukkan antara motosikal yang disita kerana diubah suai tidak mengikut spesifikiasi di pejabat JPJ Perak, di Ipoh hari ini

IPOH – Membanteras motosikal yang diubah suai secara melampau untuk kegiatan lumba haram menjadi fokus Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam Ops Khas Motosikal yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember ini.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, JPJ akan menyita motosikal terbabit sehingga dikembalikan kepada keadaan asal oleh pemilik motosikal.

“Kita lihat pengubahsuaian teknikal yang berlaku bagi motosikal ini dibuat untuk tujuan perlumbaan haram, rempit yang berlaku di seluruh negara. Ini bukan sahaja membahayakan pengguna tersebut, malah juga pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas mengenai Ops Khas Motosikal yang bermula 1 November lalu, JPJ telah memeriksa 31,851 motosikal dan sebanyak 4,533 motosikal telah diambil tindakan atas pelbagai kesalahan setakat empat hari operasi diadakan.

Tambahnya, sepanjang empat hari itu juga, 11,435 saman telah dikeluarkan termasuk 135 buat motosikal yang disita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI