fbpx

Maut tertusuk keris ketika buat persembahan depan pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fajar ketika membuat persembahan di hadapan rombongan pengantin. - Bisik

JAKARTA – Seorang lelaki di Pangkep, wilayah Sulawesi Selatan mati akibat tertikam diri sendiri menggunakan keris ketika membuat persembahan di sebuah majlis perkahwinan, lapor laman berita Radar Jogja.

Mangsa yang dikenali sebagai Fajar Umar, 18, ketika itu membuat persembahan mengikut adat masyarakat setempat yang dikenali sebagai Manggaru bagi meraikan rombongan pengantin lelaki.

Ketika memegang keris yang dikenali sebagai badik, mangsa secara tidak sengaja tertusuk senjata itu di dada kirinya, membuatkan dia rebah.

Dia kemudian pengsan sebelum orang ramai cuba membantunya.

Pegawai daerah Labakang yang dikenali sebagai Bahri berkata, mangsa mengalami luka pada dada kiri dan sempat dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

“Dia kemudiannya disahkan meninggal dunia,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI