fbpx

Lelaki OKU hilang dua hari ditemui dekat ladang kelapa sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Toupit yang ditemui selamat di sebuah ladang kelapa sawit di Bukit Rotan, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Kehilangan seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) di sebuah pusat jagaan orang tua di Ijok di sini, kelmarin terungkai apabila dia ditemui selamat, hari ini.

Toupit Fadzil, 48, dijumpai di sebuah ladang kelapa sawit di sekitar Bukit Rotan, kira-kira pukul 10.30 pagi tadi.

Adiknya, Bakhtiar Fadzil, 45, berkata perkara itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan pusat jagaan tersebut.

“Abang saya ditemukan pekerja ladang yang kemudian memaklumkan kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut. Saya bersyukur dia yang juga OKU mental berada dalam selamat walaupun kelihatan letih dan kelaparan,” katanya kepada pemberita.

Tambahnya, Toupit kini ditempatkan semula ke pusat jagaan tersebut.

Terdahulu, anak kedua daripada lima beradik yang masih bujang itu dilaporkan hilang selepas melarikan diri ke kebun kelapa sawit berdekatan premis tersebut.

Kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu berlaku ketika dihantar ahli keluarga pulang ke pusat jagaan berkenaan selepas keluar makan di sebuah restoran di Ijok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI