fbpx

Lelaki lebih ‘pendek umur’ dari wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan purata jangka hayat lelaki ialah 72.5 tahun berbanding 77.4 tahun bagi wanita pada tahun lalu.

KKM berkata, punca kematian utama dalam kalangan lelaki ialah akibat penyakit kardiovaskular iaitu sebanyak 34.9 peratus, diikuti oleh kanser (13.5 peratus) dan penyakit paru-paru kronik (4.7 peratus) bagi tahun 2021.

Jelasnya, kaum lelaki terlibat dengan faktor risiko yang meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser dan penyakit paru- paru kronik seperti merokok di mana sebanyak 35.7 peratus lelaki merokok iaitu 40 kali ganda lebih tinggi berbanding wanita.

“Selain itu, sebanyak 16.9 peratus lelaki didapati mengambil alkohol berbanding 6.4 peratus kalangan wanita,” katanya dalam kenyataan sempena Sambutan Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki Peringkat KKM Tahun 2024 yang dirasmikan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Lukanisman Awang Sauni hari ini.

Tambah KKM, terdapat beberapa isu kesihatan lain yang perlu diberi perhatian seperti prevalen penyakit tidak berjangkit (NCD) yang masih tinggi dan tahap pengesanan penyakit berkait dengan sistem reproduktif yang rendah.

Ujarnya, isu ini telah menyebabkan prevalen undiagnosed penyakit kardiovaskular seperti diabetes, hipertensi dan hiperkolesterolemia dalam kalangan lelaki yang lebih tinggi berbanding wanita.

“Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) Tahun 2023 melaporkan bahawa 6.2 peratus lelaki dikesan menghidap undiagnosed diabetes berbanding 5.6 peratus wanita.

“Selain itu, prevalen undiagnosed hypertension dalam kalangan lelaki ialah 12.7 peratus berbanding 11.1 peratus wanita. Namun, undiagnosed hypercholesterolemia yang turut merupakan faktor risiko penyakit kardiovaskular didapati rendah dalam kalangan lelaki iaitu 17 peratus berbanding 19 peratus dalam kalangan wanita,” katanya.

Dalam pada itu KKM memberitahu, masalah kemurungan dalam kalangan lelaki didapati kian meningkat dari 2 peratus pada tahun 2019 kepada 3.9 peratus pada tahun 2023, namun sikap lelaki yang lebih suka menafikan masalah kerana budaya dalam masyarakat yang beranggapan bahawa lelaki perlu kekal ‘kuat’.

“Bagi prevalen diabetes pada tahun 2019 telah menurun sebanyak 18 peratus dari 18.3 kepada 15 peratus pada tahun 2023.

“Keadaan yang sama turut berlaku kepada prevalen hipertensi yang menunjukkan tren pengurangan daripada 30.3 peratus kepada 28.8 peratus pada tahun 2023.

“Prevalen hiperkolesterolemia dalam kalangan lelaki didapati lebih rendah pada tahun 2019 iaitu 32 peratus berbanding 30.5 peratus pada tahun 2023,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI