fbpx

Lelaki curi kabel guna kereta mewah ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDERAAN suspek yang terbabas ke dalam longkang ketika melakukan aktiviti mencuri kabel di Bentong semalam.

TEMERLOH – Tindakan sekumpulan pencuri kabel meneruskan aktiviti jenayah mereka di Bentong selepas berjaya mencuri kabel di Temerloh membawa padah apabila mereka berjaya dikesan pihak polis.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi semalam itu empat suspek yang menaiki dua buah kenderaan dikesan di sekitar kawasan simpang Taman Bentong Makmur di Bentong.

Katanya, hasil siasatan di tempat kejadian yang merupakan jalan utama mendapati suspek sedang menarik kabel dari lubang milik Telekom Malaysia.

“Susulan itu tangkapan berjaya dilakukan terhadap seorang suspek di kawasan berdekatan dari tempat kejadian oleh polis setelah kenderaan jenis Toyota Wish yang dinaiki mereka terbabas di longkang.

“Bagaimanapun rakan suspek yang lain melarikan diri dan usaha masih dijalankan bagi mengesan suspek yang masih bebas,” katanya di sini hari ini.

Hari ini Kosmo! melaporkan menarik kabel Telekom Malaysia (TM) bawah tanah sehingga putus menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish merupakan modus operandi terbaharu penjenayah untuk mencuri bahan berharga itu.

Dua kes direkodkan semalam iaitu di Taman Keramat Mentakab di sini dan di Taman Bentong Makmur di Bentong.

Menurut Mazlan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan siasatan masih giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan siasatan suspek berumur 40 tahun yang ditahan mempunyai 13 rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan juga jenayah.

“Susulan itu pihak polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Toyota Wish, 153 batang kabel TM yang telah dipotong, lima pemotong kabel, satu kunci lurang (manhole) dan satu telefon bimbit,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI