fbpx

JDT tak resah jumpa Pan-gon, Ulsan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BIDOGLIO (kiri) dan Amat hadir pada sidang akhbar menjelang aksi ACLE menentang Ulsan malam ini. - RAJA JAAFAR ALI

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio tidak melihat kehadiran bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengundang resah menentang Ulsan HD FC pada aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.

Bagaimanapun, Bidoglio mengakui gergasi Korea Selatan itu adalah pasukan yang tidak kurang hebatnya setelah berjaya menjuarai takhta Liga K1 baru-baru ini.

Pengendali berusia 56 tahun itu berkata, Harimau Selatan telah membuat persiapan rapi menjelang pertemuan itu untuk memastikan tiga mata berada dalam genggaman mereka.

“Kita menjangkakan satu pertembungan yang sengit malam esok (ini). Bagaimanapun, kita tidak boleh mensia-siakan peluang untuk mendapatkan kemenangan setelah beraksi di stadium keramat kita sendiri.

“Walaupun Pan-gon mengenali ramai pemain JDT, itu tidak bermakna ia memberi kelebihan buat pasukannya. Apapun, kita akan fokus pada aksi pasukan setelah semua pemain berada dalam keadaan baik dan siap sedia untuk diturunkan.

“Setakat ini dalam saingan ACLE, pemain telah menunjukkan persembahan terbaik mereka. Pada perlawanan ini, kita akan cuba mendominasi permainan dengan corak yang dinamik seterusnya menekan pihak lawan untuk memperoleh kemenangan,” ujarnya.

JDT ketika ini menghuni kedudukan kelima Kumpulan A ACLE setelah mengutip empat mata daripada tiga perlawanan.

Pengendali kelahiran Argentina itu berkata, ACLE merupakan pentas untuk JDT menunjukkan potensi mereka berdepan kelab-kelab ternama dari benua Asia.

“JDT merupakan kelab yang besar dan kita perlu terus berkembang untuk meletakkan nama di peta Asia. Kita mempunyai ramai pemain yang bagus untuk buktikan potensi dalam setiap perlawanan,” kata Bidoglio.

Bek tengah JDT, Jordi Amat berharap penyokong dapat membanjiri Stadium Sultan Ibrahim bagi memberikan sokongan kepada pasukan kerana pelawat dijangka bermain agresif bagi memburu mata pertama mereka dalam kejohanan ini.

“Ulsan HD lebih terdesak untuk mencari mata setelah berada di kedudukan tercorot. Namun, kita tidak boleh memandang rendah lawan yang merupakan pasukan terkuat di Korea Selatan.

“Mereka mempunyai alasan untuk bermain bermati-matian untuk kekal bersaing dalam ACLE,” ujarnya yang baru kembali daripada kecederaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI