fbpx

Jakim siasat video tular pelancong China baling jubah Masjid Putra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian pelancong China membaling jubah di Masjid Putra, Putrajaya.

PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah melakukan sisatan dan tindakan susulan terhadap isu sebuah video yang tular di media sosial yang memaparkan perlakuan pelancong China yang kurang sopan ketika melakukan lawatan di Masjid Putra, Putrajaya.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, pelancong China tersebut dilihat telah membaling jubah ke arah pengawal keselamatan Masjid Putra dan beberapa kon telah dilanggar atau disepak.

“Pihak pengurusan masjid telah melakukan siasatan terhadap kes tersebut dan tindakan susulan akan diambil berdasarkan lunas undang-undang dan peraturan berkaitan.

“Pihak Masjid Putra sentiasa mengalu-alukan kunjungan orang ramai dan para pelancong ke Masjid Putra dengan mematuhi Garis Panduan Pelancongan dan Lawatan Ke Masjid Putra, Putrajaya bagi mempromosikan mesej keindahan dan keharmonian Islam sejagat,” katanya.

Ujar beliau, pada masa sama, pihaknya tidak berkompromi dengan sebarang perbuatan tidak beradab yang boleh mencemar kesucian rumah Allah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI