fbpx

Hujan lebat landa Melaka, Johor, Sabah pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri sehingga 11 pagi hari ini.

MetMalaysia menerusi laporan cuaca di Facebook memaklumkan, amaran cuaca buruk itu melibatkan seluruh kawasan di Melaka.

“Keadaan yang sama dijangka berlaku di Johor meliputi kawasan Tangkak dan Muar,” katanya.

Tambahnya, hujan lebat berserta ribut petir turut melanda negeri Sabah di kawasan Kudat (Kudat). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI