KUALA LUMPUR – Seramai 22,226 mahasiswa Sabah dan 19,171 mahasiswa Sarawak layak menerima manfaat bantuan FLYsiswa tahun ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setakat 4 November lalu, seramai 35,183 daripada 52,030 mahasiswa yang layak telah pun menebus baucar FlySiswa.
“Seramai 17,388 mahasiswa berasal dari Sabah tersebut sedang belajar di universiti awam, politeknik dan kolej komuniti, matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) di Semenanjung Malaysia.
“Seramai 3,433 mahasiswa berasal dari Sabah terbabit sedang belajar di Sarawak dan 1,405 di Labuan. Mahasiswa yang berasal dari Sarawak pula, 16,027 sedang belajar di Semenanjung, 2,716 di Sabah dan 428 di Labuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (Warisan-Semporna) sama ada kerajaan bercadang untuk mengekalkan inisiatif Flysiswa sebagai inisiatif tahunan.
Anthony Loke berkata, Jemaah Menteri pada 3 September 2024 bersetuju supaya inisiatif FLYsiswa yang diluluskan di bawah inisiatif Belanjawan 2024 dijadikan inisiatif tahunan Kementerian Pengangkutan.
Terdahulu, beliau menjelaskan, inisiatif FLYsiswa adalah bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam, pelajar politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta pelajar matrikulasi dan IPG di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi laluan domestik di antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.
Kata beliau, bantuan subsidi itu dilaksanakan melalui kaedah pemberian ‘credit shell’ di mana syarikat penerbangan tempatan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi maksud pembelian tiket penerbangan.
Jelas beliau, inisiatif itu bertujuan mengurangkan beban kewangan mahasiswa yang ingin pulang ke kampung halaman terutama mereka yang tiada pilihan mod pengangkutan selain penerbangan.
“Untuk tahun 2025, subsidi tiket penerbangan termasuk inisiatif FlySiswa dan subsidi tiket musim perayaan telah dimasukkan ke dalam Belanjawan 2025 dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM48 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE
Oleh ZULKIFLI MANZOR
KUALA LUMPUR – Seramai 22,226 mahasiswa berasal dari Sabah dan 19,171 mahasiswa berasal dari Sarawak layak menerima manfaat bantuan FLYsiswa tahun ini.