fbpx

Carolina Utara cipta sejarah, 4.5 juta mengundi awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengundi membuat undian awal di Ashevilla, Carolina Utara pada 17 Oktober lalu. - Getty Images

CAROLINA UTARA – Negeri Carolina Utara mencipta rekod baharu apabila berjuta-juta pengundi membuang undi lebih awal menjelang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita United Press International semalam. 

Lembaga Pilihan Raya Negeri Carolina Utara melaporkan, kira-kira 4.5 juta daripada 7.8 juta pengundi berdaftar di negeri itu telah membuang undi semasa tempoh pengundian awal secara peribadi yang berakhir Sabtu lalu.

Ia sekali gus menunjukkan sebanyak 57 peratus pengundi yang layak di Carolina Utara telah mengundi awal, termasuk pengundi tidak hadir.

“Peratusan keluar mengundi di 25 daerah di barat Carolina Utara yang dilanda Taufan Helene hingga Sabtu lalu, melonjak kepada 59 peratus.

“Angka ini adalah sekitar 2 peratus lebih tinggi daripada peratusan keluar mengundi di seluruh negeri,” tambah lembaga tersebut. 

Pengarah Eksekutif Lembaga Pilihan Raya Negeri Carolina Utara, Karen Brinson Bell menyuarakan rasa bangga kepada pengundi dan kakitangan yang melaksanakan tanggungjawab dalam pilihan raya kali ini, meskipun terjejas akibat ribut baru-baru ini.

“Anda adalah inspirasi kepada kami semua,” kata Bell.

Penjadualan itu turut mengatasi rekod pengundian awal 2020. Pada tahun tersebut, sejumlah 3.6 juta undi awal direkodkan di Carolina Utara. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI