fbpx

[VIDEO] Kek hari jadi cair, terpaksa batal kejutan untuk kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kek hari jadi yang cair di TikTok.

PETALING JAYA – Seorang lelaki meluahkan kekecewaan apabila kek hari jadi yang dibelinya untuk membuat kejutan kepada rakannya cair sebelum majlis bermula.

Menerusi perkongsian di TikTok, ia merupakan kali pertama dia membeli kek ais krim daripada sebuah jenama terkenal itu, namun tidak menyangka kek tersebut akan cair.

“Aku letak dalam chiller (penyejuk) je. Tak tahu pula kena letak dalam freezer (peti sejuk beku) sebab aku ingatkan bahagian ais krim dia tu sikit je dalam kek tu,” katanya dalam nada kesal.

Tambahnya, dia menjelaskan bahawa kek itu telah diletakkan dalam chiller selama 10 jam, namun apabila dibuka, kek tersebut sudah cair sepenuhnya menyebabkan dia berasa kecewa.

Dia turut meluahkan rasa terkilan kerana berniat untuk menghadiahkan kek itu kepada rakannya.

Walaubagaimanapun, lelaki tersebut tidak mahu menghampakan rakannya dan tetap memasang lilin pada kek yang cair itu serta menyanyikan lagu hari jadi.

“Nanti kalau ada duit lebih, aku belanja lagi,” kata lelaki berkenaan kepada rakannya.

Perkongsian ini mendapat perhatian ramai pengguna media sosial yang turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa lelaki tersebut dan memuji keikhlasannya.

“Paling penting usaha kawan tu. Terbaiklah,” komen Timie.

“Apa-apa pun, usaha untuk kawan tu. Memang terbaik dik,” kata Noryn Roses.

“Tak apa lah, benda dah nak jadi kan? Boleh jadikan pengajaran untuk orang lain juga,” ujar Ina. – KOSMO! ONLINE

@acak_eastBirthday kawan bertukar malapetaka yang sangat sedih dari kesilapan aku sendiri,sampai terpaksa batalkan majlis untuk jumpa kawan2😭😭 #cake #cakemalaysia #insidescoop #fyp #foryoupages foryou@Inside Scoop

♬ emotional sad background(1383128) – MaxRecStudio

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI