PETALING JAYA – Rakan serta keluarga terdekat kepada penyanyi sohor dari Kelantan yang ditangkap di Golok, Thailand semalam berjanji akan menjaga dua anak kandungnya sehingga kes yang melibatkan dia dan suami selesai.
Menerusi beberapa klip video yang berlegar di laman sosial Tik Tok hari ini mendapati, rakan-rakan serta keluarga kepada penyanyi wanita yang terkenal dengan beberapa lagu irama dikir barat dari Kelantan itu berjanji akan menjaga anak-anaknya.
Difahamkan, menerusi perkahwinan penyanyi wanita tersebut bersama bekas suaminya yang terdahulu, dia dikurniakan dengan dua orang anak.
Dengan tempoh tahanan reman yang diberikan oleh mahkamah di Narathiwat hari ini, penyanyi wanita tersebut bersama lima lagi tahanan termasuk suami terkininya dikenakan tempoh reman selama 84 hari.
Tempoh tersebut yang hampir tiga bulan itu ternyata membuatkan penyanyi wanita tersebut terpaksa berjauhan dan berpisah dengan dua anaknya itu.
Malah, ada juga kenalan serta keluarga kepada penyanyi wanita tersebut percaya pelantun lagu terkenal Bea Sobar Bea itu tidak bersalah dan diperangkap oleh orang yang tidak dikenali.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang penyanyi terkenal dari Kelantan ditahan bersama lima lagi termasuk suaminya di sebuah hotel di daerah Golok, Thailand semalam.
Penahanan yang dilakukan oleh pihak polis Thailand tersebut dilakukan selepas penemuan 6,000 pil yang dipercayai pil kuda di dalam tandas bilik mereka menginap. – KOSMO! ONLINE.
@chemira00Untuk sahabat ku nur aida 💜 Akn ku jaga amanah mu , Aku sayang mu dunia n akhirat . Takpe kak doa org yg teraniaya allah angkat setinggi2 nyaa . Sabar kak ujian utk mu . Sulong ak akn jago ank sek mu .