fbpx

Suami bawa teman wanita balik rumah ketika isteri tunai umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arie Rieyanthie kecewa apabila mendapat tahu bahawa suaminya curang ketika dia menunaikan umrah. - Instagram

JAKARTA – Seorang pesohor media sosial dari Indonesia mendedahkan kecurangan suaminya yang tergamak membawa teman wanita tidur di rumah mereka ketika dia menunaikan umrah, lapor laman berita Terkini.id hari ini.

Arie Rieyanthie memuat naik pendedahan tersebut di laman Instagram.

Dia turut menyertakan tangkap layar perbualan si suami dengan teman wanitanya serta tangkap layar video kedua-dua mereka melakukan hubungan intim di dalam bilik Arie sendiri.

“Kami sudah berkahwin selama 16 tahun dan dikurniakan tiga anak lelaki. Selama ini, hubungan kami kelihatan bahagia.

“Namun, ketika saya pergi menunaikan umrah pada 18 Oktober lalu, suami saya membawa wanita lain tidur di rumah kami, malah di bilik kami,” tulis Arie.

Tambah Arie, wanita tersebut berasal dari Suralaya, Cilegon dan menginap di rumah mereka sebanyak tiga kali sepanjang ketiadaannya.

Dia juga mendapat tahu bahawa suami dan wanita tersebut sudah menjalin hubungan sulit sejak Ogos lalu.

“Saya ikhlas jika mereka ingin bersama dan semoga ini menjadi pengajaran kepada semua pihak.

“Isteri yang pergi umrah pulang dengan luka yang dalam,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI