MUMBAI – Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan membuat pengumuman mengejutkan apabila mendedahkan bahawa dia telah berhenti merokok, lapor portal berita India Today semalam.
Pelakon ikonik itu sudah lama bersikap terbuka tentang tabiat merokoknya
“Ada perkara yang baik, saya tidak merokok lagi kawan-kawan,” kata Shah Rukh kepada peminat pada majlis meraikan hari lahir ke-59 di rumahnya di Mumbai, Sabtu lalu.
“Dengan izin Allah, saya akan baik-baik sahaja,” katanya sambil menambah, dia akan segera menangani kesan sampingan akibat berhenti merokok.
Dalam temu bual bersama akhbar India Today pada 2011, Shah Rukh berkongsi butiran tentang gaya hidupnya.
“Saya menghisap kira-kira 100 batang rokok (sehari). Lupa hendak makan. Saya tidak banyak minum air,” katanya ketika itu. – AGENSI