fbpx

Ronald, Mohd. Radzi, Ahmad Faizal menang jawatan Naib Presiden Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
(Dari kiri) Ronald, Radzi dan Ahmad Faizal

PETALING JAYA – Pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Part Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2024-2027 menyaksikan jawatan Naib Presiden dimenangi oleh Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ketiga-tiga mereka mendapat undian tertinggi menewaskan tiga calon lain iaitu Timbalan Ketua Bersatu Selangor, Mohd Rafiq Mohd Abdullah; Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris dan Ketua Bahagian Bersatu Batu Kawan, Aziss Zainal Abidin.

Mohd. Radzi dan Ronald merupakan penyandang Naib Presiden, manakala Faizal sebelum ini mengumumkan berundur daripada jawatan Timbalan Presiden untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang diumumkan menang tanpa bertanding.

Selain itu, beberapa nama besar tersenarai sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu termasuk Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Datuk Dr. Sahruddin Jamal, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Datuk Rosol Wahid dan Dr. Afif Bahardin.

Turut diumumkan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu ialah Datuk Asmawi Harun, Zulkifli Bujang, Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan Datuk Asmawi Harun. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI