fbpx

Raja Sepanyol kena baling lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAJA Felipe (kanan) dan isterinya, Permaisuri Letizia terpalit lumpur pada wajahnya. - Foto AFP

MADRID  – Penduduk wilayah Valencia di bandar Paiporta bertindak membaling lumpur ke arah Monarki Sepanyol, Raja Felipe dan isteri, Permaisuri Letizia ketika mereka melawat kawasan terjejas banjir semalam, lapor portal berita Daily Star.

Ketika kejadian, Raja Felipe dan Permaisuri Letizia berjalan melalui jalan berlumpur di Paiporta bersama-sama Perdana Menteri, Pedro Sanchez Perez-Castejon dan pegawai kerajaan lain.

Kedatangan mereka disambut oleh penduduk tempatan yang marah dan kemudian  membaling  lumpur serta objek lain seperti tin minuman kosong.

Kemarahan penduduk tempatan itu berikutan kerajaan didakwa lambat menghantar bantuan kepada mangsa banjir.

Pengawal-pengawal peribadi terpaksa menggunakan payung untuk melindungi monarki dan pegawai kerajaan yang hadir daripada terkena lumpur.

Terdapat gambar menunjukkan Permaisuri Letizia berjalan dengan lumpur terpalit pada mukanya. 

Polis terpaksa campur tangan dengan beberapa anggota polis menunggang kuda untuk menghalang orang ramai ketika kemarahan memuncak terhadap cara pengurusan kerajaan Sepanyol terhadap bencana banjir yang berlaku pada Selasa lalu.

Bencana itu menyebabkan lebih 200 orang terkorban. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI