fbpx

Pusat Penyelidikan, Tapak Semaian Gelam perkukuh usaha Straits pulihara tanah hutan terbiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin (dua dari kiri) berkenan merasmikan majlis perasmian Pusat Penyelidikan dan Tapak Semaian Gelam di Setiu, Terengganu baru-baru ini.

PETALING JAYA – Straits E­nergy Resources Berhad (Straits) melalui anak syarikatnya, Benua Hijau Sdn. Bhd. (Benua Hijau) telah merasmikan Pusat Penyelidikan dan Tapak Semaian Gelam, Setiu Terengganu.
Pusat tersebut adalah fasiliti khusus bagi penyediaan anak pokok gelam dan mengkaji ekosistem serta rantaian nilai di kawasan tersebut.

Ia juga akan memainkan pe­ranan penting dalam projek alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) serta inisiatif korporat sosial syarikat untuk meme­nuhi sasaran menanam 100,000 pokok Gelam (Melaleuca) dalam tempoh lima tahun.

Projek tanaman semula itu bakal memulihkan 80 hektar ta­nah hutan yang terbiar menggunakan spesies pokok Melaleuca tempatan.

Pusat Penyelidikan dan Tapak Semaian Gelam ini juga akan berfungsi sebagai pusat latihan untuk pekerja baharu dan pelatih, membantu Benua Hijau mencapai sasaran menanam 20,000 anak pokok setiap tahun.

Pengarah Urusan Straits, Datuk Ron Ho Kam Choy berkata, pembukaan Pusat Penyelidikan dan Tapak Semaian Gelam itu akan memainkan pe­ranan pen­ting dalam kejayaan usaha ­penghutanan semula
di Wetlands Setiu.

“Pelaburan kami dalam fasiliti ini mencerminkan pendekatan ESG kami yang aktif.

“Daripada bergantung kepada kontraktor pihak ketiga untuk kerja-kerja penghutanan semula di Setiu, kami sendiri akan terlibat dalam setiap peringkat pro­ses tersebut.

“Sebagai contoh, dengan tapak semaian ini, kami dapat menga­wal, mengurus dan me­laksanakan setiap langkah pro­ses, daripada pembibitan anak pokok hingga penyimpanan sebelum anak pokok ditanam.

“Melalui aktiviti fizikal di lapangan ini, kami dan rakan kongsi akan memperoleh pandangan yang lebih mendalam ke dalam projek ini, memastikan ia memberikan kesan positif yang boleh diukur,” katanya dalam kenya­taan yang dikeluarkan di sini.

Kam Choy menerangkan, pusat ini juga akan berfungsi sebagai hab untuk penyelidikan saintifik dan pendidikan komuniti mengenai ekosistem Gelam dan rantaian nilainya seni

“Bidang penyelidikan utama akan tertumpu pada penerokaan potensi komersial tumbuhan Melaleuca, yang berkemungkinan besar akan mewujudkan sumber hutan mampan serta membuka peluang pekerjaan dan perniagaan yang bermanfaat bagi komuniti setempat.

“Pusat ini juga akan berfungsi sebagai hab untuk penyelidikan saintifik dan pendidikan komuniti mengenai ekosistem Gelam memacu inisiatif penghutanan semula kami ke hadapan,” ujar beliau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI