fbpx

Penduduk Pahang diminta siap sedia hadapi Monsun Timur Laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy.

PETALING JAYA – Penduduk Pahang diminta bersiap sedia menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula 5 November ini sehingga Mac 2025.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sepanjang tempoh MTL, Pahang seperti kelazimannya akan dilanda bencana banjir.

“Saya menasihatkan orang ramai khususnya mereka yang tinggal di kawasan berisiko agar sentiasa berwaspada.

“Utamakan keselamatan diri dan keluarga serta mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya perlu berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS),” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri bersama agensi keselamatan lain bagaimanapun sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlaku bencana banjir di Pahang.

“Semoga kita semua dilindungi Allah S.W.T daripada sebarang musibah dan malapetaka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI