fbpx

Pemandu sebabkan 7 kenderaan berlanggar enggan buat laporan dipukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh buah kenderaan telah terbabit dalam kemalangan jalan raya di KM110 Jalan Ipoh -Butterworth berdekatan lampu isyarat Bagan Serai tengah malam kelmarin.

BAGAN SERAI – Polis merakam percakapan seorang lelaki yang dipukul selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan tujuh buah kenderaan di Jalan Ipoh-Butterworth berhampiran lampu isyarat Bagan Serai sekitar pukul 12.15 tengah malam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, siasatan mendapati, kejadian berlaku apabila lima buah kereta, sebuah pacuan empat roda dan sebuah motosikal yang datang dari arah Parit Buntar menghala ke Bagan Serai berhenti di lorong tengah dan kanan kerana lampu isyarat berwarna merah.

“Manakala seorang pemandu lelaki yang berusia 52 tahun dari arah yang sama di lorong kanan telah melanggar bahagian belakang kereta jenis Proton Wira menyebabkan kenderaan yang dilanggar melanggar kenderaan di hadapannya di lorong kanan dan tengah laluan tersebut,” katanya di sini semalam.

Menurut Juna, semua pemandu dan penunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Polis kemudian mengesan dua video tular berdurasi 15 dan 17 saat di media sosial memaparkan seorang lelaki dipukul sekumpulan individu ekoran daripada kemalangan itu.

“Namun, pemandu tersebut tidak membuat laporan berhubung insiden dirinya dipukul sebalinya hanya berkaitan kemalangan yang telah terjadi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI