fbpx

Peguam mohon kes Muhyiddin hasut ketika ceramah PRK Nenggiri dipindah ke Mahkamah Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (tengah) semasa tiba untuk prosiding sebutan semula kes yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Peguam yang mewakili Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut ketika memberi ceramah di Felda Perasu di sini memohon kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Salah seorang daripada enam peguam Muhyiddin, Amer Hamzah Arshad berkata, barisan peguam telah memfailkan permohonan supaya kes tersebut dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Gua Musang ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 1 November lalu.

Menurutnya, perkara terbabit turut dimaklumkan di hadapan Hakim Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri semasa prosiding sebutan semula kes berkenaan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Kes tersebut dikendalikan oleh lima Timbalan Pendakwa Raya diketuai Azlina Rasdi manakala Muhyiddin diwakili enam peguam yang ditunjangi Amer Hamzah.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 15 Januari tahun depan dan membenarkan pengecualian kepada Muhyiddin untuk hadir semasa prosiding sebutan semula pada tarikh baharu yang sudah ditetapkan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Muhyiddin mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nik Mohd. Tarmizie di Mahkamah Sesyen Gua Musang pada 27 Ogos lalu atas pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut ketika memberi ceramah di Felda Perasu di sini.

Ucapan itu dilakukan oleh Muhyiddin berhampiran Dewan Semai Bakti Felda Perasu di sini kira-kira pukul 10.30 hingga 11.50 malam pada 14 Ogos lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI