fbpx

Pantai Timur, utara negara terus dibadai hujan lebat dan angin kencang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di seluruh negara petang ini.

MetMalaysia melalui satu kenyataan berkata, negeri-negeri yang dijangka terjejas di utara termasuk Perlis serta beberapa kawasan di Kedah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, dan Bandar Baharu.

Pulau Pinang juga akan mengalami cuaca buruk, melibatkan kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan.

Di Perak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, serta Kuala Kangsar.

“Cuaca buruk ini juga dijangka melanda negeri-negeri di Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, dan Dungun),” katanya dalam satu kenyataan.

Di Pahang, ribut petir dan hujan lebat diramalkan melanda Jerantut, Temerloh, Maran, dan Bera.

Sementara itu, Negeri Sembilan dijangka terjejas di kawasan Jempol dan Tampin, manakala Melaka turut dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran cuaca buruk untuk kawasan di Sarawak termasuk Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Telang Usan), dan Limbang (Lawas).

Di Sabah, kawasan yang dijangka terjejas meliputi Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), serta Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI