fbpx

Mawie ke KL saat akhir sebab bosan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bas yang dinaiki Mawie dalam tragedi malang di Terminal Bas di Butteworth Jumaat lalu.

SEBERANG PERAI – Remaja lelaki yang maut akibat renjatan elektrik dipercayai semasa mengecas telefon bimbit di dalam bas ekspres di Terminal Penang Sentral, Butterworth di sini Jumaat lalu dikatakan baru merancang ke Kuala Lumpur di saat akhir.

Mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, telah memaklumkan perkara itu kepada rakan baiknya, Nor Alia Syakila Mohd. Yusni, 18, kira-kira pukul 5 petang hari sama, sebelum beberapa jam bertolak ke ibu kota.

Nor Alia berkata, Nur Asymawi atau lebih mesra disapa sebagai Mawie dalam kalangan rakan-rakannya sebelum itu telah berhubung dengannya menerusi WhatsApp serta berkongsi gambar tiket bas.

“Saya fikir rancangannya (ke Kuala Lumpur) itu dibuat di saat akhir sebab sebelum itu, pada pukul 1 petang dia ada hubungi saya untuk mengajak keluar bersama-sama.

“Pada hari itu saya bekerja. Saya ada tanya kepadanya (melalui WhatsApp) tujuan ke sana seorang diri tetapi dia cuma balas hanya saja-saja sebab bosan dan tidak tahu pergi ke mana.

“Sebelum itu, saya juga ada menunggunya datang ke tempat kerja saya di tingkat tiga terminal bas yang sama tetapi sampai petang dia tidak datang,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Dalam pada itu, Nuf Alia memberitahu lagi, dia dimaklumkan mengenai kejadian menimpa mangsa yang dikenalinya sejak di tingkatan satu daripada rakan mereka pada pukul 7.45 malam, hari sama.

“Memang saya tidak sangka itu (mayat yang meninggal di dalam bas) ialah rakan baik saya sendiri. Sebelum itu, ada penyelia tukang cuci di terminal ini datang beritahu tentang kejadian seorang lelaki meninggal dunia di dalam bas ekspres.

“Saya tertanya siapakah yang meninggal itu tetapi tidak syak siapa-siapa sehinggalah dimaklumkan rakan kami yang tinggal berdekatan kediaman Mawie. Saya juga ada hubunginya dan hantar mesej tapi tidak berbalas.

“Sedih fikir kejadian berlaku. Kami memang berkawan rapat dan kali terakhir kami keluar makan bersama di sebuah restoran dekat Sungai Puyu, empat hari lalu. Dia langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik malah dia lebih banyak bercakap dan senyum,” ujarnya.

Terdahulu, dilaporkan seorang remaja lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik daripada telefon bimbit yang sedang dicas pada soket dalam bas di Terminal Penang Sentral.

Mangsa ditemui dalam kea­daan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan. Mangsa didapati melecur di jari sebelah kiri disyaki kesan renjatan elektrik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI