fbpx

Maut disengat tebuan masuk dalam telekung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga emas maut disengat tebuan di rumahnya di Taman Semarak, Sungai Petani malam tadi.

SUNGAI PETANI – Seorang wanita warga emas maut selepas disengat seekor tebuan yang dipercayai masuk ke dalam telekungnya di Taman Semarak, di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 8 malam itu dikatakan berlaku ketika mangsa, Rohani Mohd Shariff, 61, sedang menanti masuk waktu solat isyak di ruang tamu rumah.

Seekor tebuan dikatakan terjatuh selepas terkena kipas siling sebelum masuk ke dalam telekung dipakainya.

Difahamkan mangsa yang terkejut cuba menepis sebelum disengat serangga itu menyebabkan dia mengalami kesakitan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kejadian disedari anak lelaki mangsa yang baru pulang ke rumah.

“Mangsa memaklumkan anaknya bahawa dia disengat tebuan sebelum bertindak menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan ambulans.

“Bagaimanapun mangsa yang merupakan isteri kepada seorang pesara tentera itu meninggal dunia ketika dibawa untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini,” katanya.

Menurutnya, semakan mendapati mangsa tidak mempunyai rekod kesihatan sebelum ini dan pemeriksaan pada badan mangsa menemui satu kesan sengatan sahaja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI