fbpx

Malaysia akan halang Israel cuba ‘lenyapkan’ UNRWA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika sesi penerangan di Parlimen hari ini. JABATAN PEERANGAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR – Malaysia berhasrat untuk menghalang keputusan Parlimen Israel (Knesset) pada 28 Oktober 2024 lalu yang mahu melenyapkan Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tindakan itu akan dilakukan dengan meraih sokongan negara-negara Arab pada Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam pada 11 November depan di Riyadh, Arab Saudi.

Ini kerana kata Anwar, tindakan rejim Zionis itu akan memburukan situasi kemanusiaan di utara Gaza yang mengalami kebuluran setelah terputus bantuan asas sejak sekian lama.

“Kehadiran saya ke Sidang Kemuncak tergempar ini adalah untuk membawa mandat Dewan ini, iaitu untuk mengambil tindakan bagi menghentikan kekejaman berterusan Israel ke atas rakyat Palestin.

“Pencerobohan dan pemusnahan pusat-pusat ibadah di wilayah Palestin yang diduduki (OPT) serta serangan terbuka ke atas wilayah-wilayah di Lubnan dan Iran, termasuk pembunuhan Ismail Haniyeh dan Yahya Sinwar,”katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Malaysia juga akan mengusulkan ke Persidangan Kemuncak Negara-Negara Arab dan Islam agar sokongan sepenuhnya diberikan kepada UNRWA.

Sokongan itu katanya bagi memastika UNRWA dapat melaksanakan mandatnya dalam memberi perkhidmatan sosial dan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di OPT dipertahankan dan diperkukuhkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI