fbpx

KPT saran Majlis Pembangunan Bakat Johor diperluas ke negeri lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry bergambar dengan orang ramai pada Pelancaran JTDC di Persada Johor hari ini.

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berharap Majlis Pembangunan Bakat Johor (JTDC) dapat diperluaskan ke negeri lain.

Beliau dalam hantaran di Facebook berkata, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membantu dengan menyediakan bakat serta kurikulum yang selari dengan kehendak industri.

“JTDC adalah untuk belia-belia dan rakyat keseluruhannya. Penawaran kerja berkemahiran tinggi dengan gaji premium diploma bermula dengan RM4,000.

“Manakala bagi ijazah RM5,000 adalah tawaran sangat menarik dan Johor menjadi satu-satunya negeri yang memberi gaji premium sedemikian,” katanya hari ini.

Terdahulu, Zambry menerangkan, JTDC merupakan kerjasama antara kerajaan Johor dan Kerajaan Pusat yang terdiri daripada beberapa kementerian.

Jelas beliau, hasrat utama bagi mengisi ruang dan peluang pekerjaan terutama di Johor dengan pihak industri yang dikenal pasti.

Justeru, katanya, kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Pusat dalam merealisasikan JTDC akan dibangunkan dengan sebaiknya.

“Lebih-lebih lagi kursus pendidikan dan latihan yang disediakan selari dengan keperluan industri selain memperluas kerjasama dengan pihak industri dan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam penyelidikan, penyediaan kelengkapan serta perkongsian kepakaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI