fbpx

Ingatkan abang bakar sampah, rupanya rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli keluarga melihat sisa kebakaran rumah Jamilah di Kampung Pantai Geting, Tumpat yang hangus dijilat api pada petang semalam. FOTO ROHANA ISMAIL/ KOSMO!

TUMPAT – Seorang peniaga nyaris rentung selepas dua buah rumah termasuk kediamannya terbakar dalam kejadian di Kampung Pantai Geting di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Jamilah Abdullah, 29, yang demam dan tidak sihat sempat menyelamatkan diri dengan keluar dari rumah tersebut.

Menurutnya, dia yang baru pulang dari klinik terlelap di ruang tamu rumah sebelum terhidu bau asap kebakaran.

“Ketika itu, suami tiada di rumah dan saya menyangka abang yang tinggal bersama kami membakar sampah di luar selepas terhidu bau asap.

“Tidak lama kemudian, saya terkejut melihat asap di ruang tamu rumah sebelum wayar elektrik di dinding bilik tidur abang terbakar,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Pantai Geting, di sini hari ini.

Jamilah memberitahu, dia yang panik terus mencapai telefon bimbit dan bergegas keluar dari rumah untuk meminta bantuan.

“Saya kini tinggal sehelai sepinggang dan hanya sebuah kereta jenis Proton Saga dapat diselamatkan oleh penduduk kampung yang datang membantu.

“Semua harta benda musnah termasuk dua bentuk cincin emas dan wang tunai RM200. Kini, rumah pusaka berusia 27 tahun peninggalan orang tua saya semuanya sudah jadi abu,”katanya.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor, Mohd. Zariman Abd. Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran dua buah rumah kira-kira pukul 6.13 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI